Hospital Orang Asli, Gombak akan menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan bagi Program PEKA B40 Orang Asli (Manfaat pertama)

Salam 18 suku kaum Orang Asli semua.
 
Mulai tahun 2021, Hospital Orang Asli, Gombak akan menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan bagi Program PEKA B40 Orang Asli (Manfaat pertama).
Saringan kesihatan akan dilaksanakan di Unit Pesakit Luar Hospital Orang Asli, Gombak.
 
Penerima BSH Orang Asli & pasangan yang hadir bagi saringan kesihatan ini juga layak mendiami Transit HOAG terutama penerima BSH yang berasal dari lokaliti pedalaman (Makan & minum di Transit ditanggung oleh HOAG).
 
Ini merupakan inisiatif HOAG untuk membantu penerima BSH Orang Asli mendapatkan manfaat-manfaat PEKA B40 seterusnya seperti Bantuan Alat Perubatan, Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser & Insentif Tambang Pengangkutan.
 
Sehubungan dgn itu, YB, YD Batin/Penghulu, tuan/puan dimohon memaklumkan perkara ini kepada semua penerima BSH Orang Asli.
 
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, YB/YD Batin/Penghulu/tuan/puan boleh menghubungi Pengarah Hospital, Hospital Orang Asli, Gombak di talian 0361862615.
 
Sekian sahaja untuk makluman.
“Komuniti Orang Asli Sihat, Komuniti Orang Asli Sejahtera”.
 

Salam 18 suku kaum Orang Asli semua. Mulai tahun 2021, Hospital Orang Asli, Gombak akan menyediakan perkhidmatan…

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Tuesday, December 8, 2020
Kemaskini Terakhir : 9 / 01 / 2021 12:00 AM