Ibadah Korban di KOA Kuala Pangsun, Selangor

HULU LANGAT, 30 Jun 2023 – Kampung Orang Asli (KOA) Kuala Pangsun adalah salah satu KOA yang menerima lembu korban sumbangan kerajaan negeri Selangor. Ibadah korban tersebut telah disempurnakan oleh Ustaz Muhyidin bin Mustapa, Penggerak Masyarakat Orang Asli bersama penduduk kampung.
 
Sebanyak satu (1) ekor lembu telah dikorban dan daging diagihkan serta disumbang kepada penduduk Orang Asli Islam serta penduduk kampung. Pihak Jabatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor diatas sumbangan yang diberikan.
 
Sumber : JAKOA Daerah Hulu Langat
 
Kemaskini Terakhir : 8 / 07 / 2023 10:54 AM