Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

Inspirasi OA – Atlet Terjun Pahang

IPOH, 23 April – Sekalung tahniah buat adik Azmirazam A/L Yalim kerana telah memenangi 3 pingat gangsa di penampilan beliau pada Kejohanan Terjun Jemputan Kumpulan Umur Peringkat Kebangsaan ke-57 yang telah berlangsung di Pusat Akuatik Tuanku Zara.
 
Di kejohanan tersebut, beliau telah menaiki podium sebanyak tiga kali di dalam acara 1 meter papan anjal, 3 meter papan anjal dan 3 meter papan anjal kategori bergu campuran.
 
Anak jati Pekan dari etnik Jakun itu adalah bekas anak didik sukan akuatik di SK Simpai dan pernah mewakili Pahang di Kejohanan MSSM. Kini, beliau adalah sebahagian daripada pasukan SUKMA Pahang.
 
Semoga adik Azmirazam terus bersemangat di dalam bidang yang diceburi dan terus maju jaya pada masa hadapan.
 
Kredit: Cikgu Mie Ubai
 
Last Updated : 25 / 05 / 2022 11:35 PM