Inspirasi Orang Asli, Dr. Izandis Mohamad Sayed

Dr. Izandis Mohamad Sayed dari etnik Mahmeri dan Semai merupakan Pengarah Hospital Orang Asli Gombak.
 
Pemegang Sarjana Perubatan Masyarakat dari Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau mula menjawat jawatan tersebut sejak 20 Januari 2020 dan telah banyak menabur bakti ke atas masyarakat Orang Asli terutamanya sepanjang tempoh pandemik COVID-19.
 
Berbakti kepada masyarakat tanpa mengenal erti penat lelah, beliau percaya dengan kesihatan diri, keluarga dan komuniti yang baik, Orang Asli mampu menikmati kesejahteraan, kemajuan dan pembangunan yang diidamkan.
 
Terima kasih Dr. Izandis, terima kasih doktor-doktor kerana telah banyak berkorban demi kesejahteraan kita semua.
 
Kemaskini Terakhir : 30 / 04 / 2022 12:00 AM