JAKOA agih anak benih buah-buahan

IPOH – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) negeri Perak dan Kedah telah membuat penghantaran anak benih buah-buahan dan anak getah ke perkampungan Orang Asli di Sungai Siput (Utara) baru-baru ini.
 
Tiga kampung berkenaan ialah di Kampung Sungai Gentes, Pos Piah dan Kampung Sungai Teras.
 
Jakoa negeri Perak dan Kedah dalam satu kenyataan memberitahu, sebanyak 5,400 anak benih getah cantuman mata tunas diagihkan di Kampung Sungai Gentes.
 
Menurut kenyataan itu, sebanyak 2,124 anak benih lagi dihantar ke kampung tersebut.

Kemaskini Terakhir : 13 / 05 / 2022 10:35 AM