JAKOA lantik kontraktor 4WD hantar seribu anak Orang Asli ke sekolah

GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) melantik beberapa kontraktor untuk menghantar seramai 1,081 pelajar Orang Asli yang tinggal di pedalaman ke sekolah hari ini.

Pengarah Jakoa Kelantan dan Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid berkata pelajar dihantar menggunakan 30 buah kenderaan pacuan 4 roda yang melalui jalan balak.

“Walaupun masih ada jalan rosak dan berselut menghubungkan bandar tetapi ia boleh dilalui namun perlu berhati-hati bagi memastikan pelajar terlibat sampai ke sekolah dengan selamat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 511 orang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 1 (SMKTIP1) dan SMKTIP2, SMK Seri Wangi, SMK Tengku Bendahara, SMK Bandar Chiku.

Kemaskini Terakhir : 1 / 01 / 2020 02:01 PM