Demi kesejahteraan Masyarakat Luar Bandar:
Jalan Baru Kok Foh – Kampung Sg. Kelai – FELDA Palong
Jalan Baru Kok Foh – Kampung Sungai Kelai – Palong, Daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus adalah merupakan salah satu projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan dilaksanakan oleh JKR Negeri Sembilan.
Jalan sepanjang 10.075 KM dengan piawaian JKR R2 menghubungi Rompin, Kampung Orang Asli Sungai Kelai dan Gugusan Palong 12 dan 13 dibina tahun 2018 dengan milik tapak pada 22 Januari 2018 dan berakhir pada 21 Januari 2020. Siap sepenuhnya pada 20 Disember 2019.
Pembinaan jalan baru ini banyak memberi manfaat kepada 25 keluarga masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Kelai untuk mendapatkan keperluan harian serta lain-lain dengan mengambil masa yang singkat untuk ke Pekan Rompin dan Pekan Bahau.
Demi kesejahteraan masyarakat luar bandar: Jalan Baru Koh Poh – Sungai Kelai #luarbandarsejahtera
Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Tuesday, August 25, 2020