Jawatan Kosong Pekerja Sambilan Harian (PSH) Bagi Jawatan Penolong Akauntan Gred W29

TARIKH BUKA IKLAN : 17 SEPTEMBER 2020

JAKOA adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mempelawa warga negara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

 

 

JAWATAN                          :    PENOLONG AKAUNTAN GRED W29

1.    Klasifikasi                   :    KEWANGAN

2.    Kumpulan                   :    PELAKSANA

3.    Taraf Jawatan            :    PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

4.    Penempatan               :    IBU PEJABAT JAKOA, KUALA LUMPUR (2 Kekosongan)

5.    Gred                            :    Gred W29

6.    Gaji                              :    RM72.00 sehari

 

7.   Syarat Lantikan           :    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

7.1.        Warganegara Malaysia;

7.2.         berumur tidak kurang daripada 18 Tahun pada tarikh iklan jawatan ditutup;

7.3.        (i)         Sijil dalam bidang pengajian atau penyimpanan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

  • Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan;
  • Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setarafnya dengannya

 

8.    Ringkasan Tugas   :

8.1.        Membuat pemantauan ke atas penyata kewangan Projek;

8.2.        Membuat semakan pembayaran rekupan projek;

8.3.        Membuat laporan semakan terhadap Sijil Penyiapan kerja-kerja pembangunan/ penyelenggaraan/ pengeluaran hasil dan prasarana (infrastruktur lading) Projek;

8.4.        Memantau, menganalisis atau menjalankan kerja-kerja audit ke atas; dan

8.5.        Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

9.    Cara Memohon:

9.1.        Borang Permohonan boleh didapati di laman web JAKOA iaitu www.jakoa.gov.my;

9.2.        Semua borang permohonan hendaklah diIsi dengan lengkap disertakan gambar terkini berukuran passport;

9.3.        Mengemukakan maklumat untuk dihubungi yang terkini;

9.4.        Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan serta calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.

9.5.        Borang permohonan perlu di kembalikan semula sebelum tarikh tutup permohonan melalui pos atau emel seperti berikut:-

 

Ketua Pengarah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

(Kementerian Pembangunan Luar Bandar)

Tingkat 20, West Block, Wisma Golden Eagle Realty,

142-C, Jalan Ampang

50548 KUALA LUMPUR

(u.p.: Puan Siti Nurazira Binti Sahhudin)

Tel: 03-216140577 ext 231

Emel : siti.nurazira@jakoa.gov.my

 

10.  TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 25 SEPTEMBER 2020

 

MUAT TURUN IKLAN. KLIK PAUTAN LINK DI BAWAH:-

Iklan Jawatan Kosong Pekerja Sambilan Harian (PSH) Bagi Jawatan Penolong Akauntan Gred W29

 

 

 

 

 

Kemaskini Terakhir : 25 / 09 / 2020 12:01 AM