Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

Jawatan Kosong Pekerja Sambilan Harian (PSH) Bagi Jawatan Penolong Jurutera Gred JA29

TARIKH BUKA IKLAN : 17 SEPTEMBER 2020

 

JAKOA adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mempelawa warga negara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

JAWATAN                         :     PENOLONG JURUTERA GRED JA29

1.    Klasifikasi                   :    KEJURUTERAAN

2.    Kumpulan                   :    PELAKSANA

3.    Taraf Jawatan            :    PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

4.    Penempatan               :    PEJABAT JAKOA NEGERI

  1. JAKOA Negeri Perak dan Kedah (2 Kekosongan)
  2. JAKOA Negeri Johor (1 Kekosongan)

5.    Gred                            :    Gred JA29

6.    Gaji                              :    RM72.00 sehari

 

7.   Syarat Lantikan           :    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

7.1.        Warganegara Malaysia;

7.2.         berumur tidak kurang daripada 18 Tahun pada tarikh iklan jawatan ditutup;

7.3.        (i)         Diploma dalam bidang kejuruteraan awam/ ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

  • Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setarafnya dengannya

 

8.    Ringkasan Tugas   :

8.1.        Bertanggungjawab membuat laporan siasatan teknikal dan pengukuran tapak serta mengkaji kesesuaian pelaksanaan projek untuk dilaksanakan;

8.2.        Membantu menyediakan reka bentuk, spesifikasi, pelan pembinaan dan anggaran kos projek untuk disahkan sebelum pelaksanaan;

8.3.        Membantu menyediakan dokumen perolehan meliputi penyediaan spesifikasi dan anggaran harga serta membuat lawatan dan taklimat sebutharga di tapak;

8.4.        Memantau pelaksanaan projek-projek fizikal meliputi projek bangunan, infrastruktur, projek bekalan air dan lain-lain agar kemajuan kerja adalah mengikut jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan;

8.5.        Memantau prestasi kontraktor yang telah dilantik dan mengemukakan pengesyoran surat amaran/ denda/ pemotongan bayaran sekiranya sisapati kontraktor tidak mematuhi kehendak kontrak/ bill of quantities yang telah dipersetujui;

8.6.        Menyemak dan membuat pengesyoran pengesahan kerja ke atas dokumen tuntutan yang dikemukakan oleh kontraktor/ pembekal bagi tujuan pembayaran;

8.7.        Membantu menyediakan dokumen pelarasan harga (pertambahan/ penguruangan), surat perakuan siap kerja dan surat perakuan siap membaiki kecacatan; dan

8.8.        Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

9.    Cara Memohon:

Borang Permohonan boleh didapati di laman web JAKOA iaitu www.jakoa.gov.my;

9.1.        Semua borang permohonan hendaklah diIsi dengan lengkap disertakan gambar terkini berukuran passport;

9.2.        Mengemukakan maklumat untuk dihubungi yang terkini;

9.3.        Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan serta calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.

9.4.        Borang permohonan perlu di kembalikan semula sebelum tarikh tutup permohonan melalui pos atau emel seperti berikut:-

Ketua Pengarah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

(Kementerian Pembangunan Luar Bandar)

Tingkat 20, West Block, Wisma Golden Eagle Realty,

142-C, Jalan Ampang

50548 KUALA LUMPUR

(u.p.: Puan Siti Nurazira Binti Sahhudin)

Tel: 03-216140577 ext 231

Emel : siti.nurazira@jakoa.gov.my

10.  TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 28 SEPTEMBER 2020

 

MUAT TURUN IKLAN. KLIK PAUTAN LINK DI BAWAH :-

Iklan Jawatan Kosong Pekerja Sambilan Harian (PSH) Bagi Jawatan Penolong Jurutera Gred JA29

 

 

 

Kemaskini Terakhir : 28 / 09 / 2020 12:00 AM