Jelajah Pertubuhan Doktor Prihatin ke Kg OA Broga Semenyih

Jelajah Pertubuhan Doktor Prihatin telah ke Kampung Orang Asli Broga Semenyih dalam misi ‘1 Rumah 1 First Aid Kit’.
 
79 First Aid Kit telah disampaikan kepada wakil penduduk kampung yang hadir dan mendengar sedikit penerangan berkenaan pengunaan alatan di dalam First Aid Kit.
 
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada team McDonald’s Semenyih DT Puan Roziana dan Puan Maslina yang turut sama menyampaikan set Happy Meal untuk kanak-kanak dan juga team PauComel Encik Anwar Atan yang menyediakan makanan pau panas untuk warga kampung.
 
Team JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Timbalan Pengarah Jakoa Selangor Puan Dahlia dan Puan Maslina.
 
Encik Mohd Taufid Pegawai Khas Ahli Parlimen Hulu Langat,wakil kepada Dato Ustaz Hasanudin, dan tidak lupa juga kepada YB Zakaria Adun Semenyih yang turut sama hadir.
 
Terima Kasih.
 
Tok Batin iLan sebagai pemudah cara, terima kasih banyak.
 
Dan yang paling utama, team Pertubuhan Doktor Prihatin yang mengerah keringat bagi misi ini.
 
Dr Hazimi Razak, Dr Ain,Dr Nizam, Dr Normy, Encik Hakimi, Nurse Mira, Puan Nur dan Puan Dian.
 
Sekian.
 
*misi seterusnya – Kampung Orang Asli Pulau Ketam (November 2021)
Kemaskini Terakhir : 9 / 10 / 2021 12:59 PM