Jelajah Program Bersama Rakyat (PBR) di Pos Kemar, Gerik Perak

15 Okt 2019, Pos Kemar Gerik – Jelajah Program Bersama Rakyat (PBR) kini meneruskan program di Pos Kemar, Gerik Perak. Pelbagai aktiviti dan program dengan kerjasama pihak UniKL, Jabatan Pendaftaran Malaysia, Polis Di Raja Malaysia, JAKIM dan JAIP telah berjaya menarik lebih dari seribu penduduk di Pos Kemar ke PBR ini.

YBrs Ketua Pengarah, Prof dr Juli Edo telah mengadakan perjumpaan dengan seluruh Batin-Batin dari Kampung Orang Asli sekitar Pos Kemar bagi membincangkan pelbagai isu dan dan masalah yang dihadapi masyarakat Orang Asli Kemar. YBrs Ketua Pengarah juga turut mengadakan lawatan ke beberapa kampung bagi melihat dan mencari langkah dan kaedah bagi mengatasi masalah yang di hadapi oleh penduduk di Pos Kemar ini.

#tugasmulia
#jakoamalaysia
#programbersamarakyat

Kemaskini Terakhir : 15 / 10 / 2019 04:38 AM