Kad Tanpa Tunai Untuk Komuniti Orang Asli

KKuala Lumpur – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) menggerakkan usaha capaian istimewa buat komuniti Orang Asli di Perak melalui inisiatif bantuan kewangan Kasih Ibu Darul Ridzuan (KIDR).
 
Ditambah nilai dengan dana bulanan RM250 yang diperuntukkan kerajaan Persekutuan, kad tanpa tunai prabayar ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas daripada peniaga tempatan, termasuk peniaga Orang Asli.
 
Menerusi perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga mudah alih, komuniti Orang Asli yang menetap di kawasan ini boleh membeli barangan keperluan dengan mudah tanpa perlu keluar jauh dari tempat tinggal mereka.
 
Program KIDR ini telah memberi manfaat kepada 4,701 benefisiari termasuk 1,094 komuniti Orang Asli pada tahun 2021.
 
Sumber: Harian Metro
Kemaskini Terakhir : 23 / 02 / 2022 11:59 AM