KARNIVAL BELIA ORANG ASLI RENTAS DESA SEJAHTERA (K-BOARDS)

29 Oktober 2022, Sri Kembangan, Selangor – YBhg. Dato’ Ramlan Bin Harun, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah merasmikan Karnival Belia Orang Asli Rentas Desa Sejahtera(K-BOARDS) yang diadakan di Dewan Ballroom, Hotel The Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor dihadiri bersama Puan Hajah Sapiah Binti Dato’ Mohd Noor, Ketua Pengarah JAKOA.
 
Karnival Belia Orang Asli Rentas Desa Sejahtera (K-BOARDS) adalah program yang diberi tumpuan bertujuan untuk menyediakan akses kepada peluang pendidikan, latihan dan kerjaya kepada belia Orang Asli.
 
Seramai 500 orang belia orang asli telah menghadiri karnival ini yang diadakan selama dua (2) hari dan terdapat 50 booth pameran pendidikan/kerjaya dan usahawan serta karnival ini menyediakan 18 Showcase Ikon Belia Orang Asli Berjaya turut diadakan bertujuan memberi inspirasi kepada belia orang asli. Selain itu, turut diadakan pertandingan e-Sport & Hand Wrestling Belia Keluarga Malaysia.
 
Kemaskini Terakhir : 27 / 01 / 2023 03:13 PM