Kedai Gunting Rambut Ahmad

Kesungguhan En. Ahmad Bin Nyenyot, Orang Asli OKU fizikal dari KOA Sungai Melut, Sepang mengusahakan perkhidmatan kedai gunting rambut miliknya harus di contohi. Sebagai seorang OKU Fizikal bukanlah penghalang bagi beliau mengusahakan perkhidmatan tersebut. JAKOA telah memberi bantuan peralatan dalam usaha mengembangkan perniagaan beliau.
 
Ayuh kita terus berikan sokongan kepada usahawan Orang Asli dan menjadi pemangkin kepada belia dan beliawanis di luar sana untuk turut sama bergiat dalam bidang keusahawanan.
Kemaskini Terakhir : 11 / 06 / 2022 11:50 PM