KEJAYAAN ORANG ASLI – DR. MD SABTUAH MOHD ROYALI

Assalamualaikum Tn.. Disertakan sedikit karangan berkaitan kejayaan saya..

Mengecapi kejayaan adalah sesuatu yang indah dalam apa jua perkara yang kita lakukan dengan jujur dan ikhlas.. Lebih-lebih lagi perjalanan yang dilalui itu penuh dengan dugaan dan cabaran.. Untuk mencapai kejayaan diperingkat tertinggi dalam akademik sememangnya bukan satu perkara yang mudah.. Kekuatan fizikal, mental serta sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya keluarga adalah amat penting..

Usaha yang konsisten, serta pelan perancangan untuk mencapai objektif yang dituju perlu ada dan sentiasa dirujuk agar kita tidak tersasar dari landasan untuk menuju kejayaan yang diimpikan..

Alhamdulillah, berkat usaha dan doa daripada semua, saya telah berjaya mencapai kejayaan dalam apa yang saya impikan..

Alhamdulillah, saya telah dianugerahkan dengan Ijazah Doktor Falsafah (Community Participation & Risk Communication for Dengue Prevention and Control in Malaysia) daripada Griffith University, Queensland Australia 🇦🇺.

Terima kasih kepada semua yg telah memberi sokongan dan bantuan kepada saya untuk mencapai kejayaan ini, terutama isteri dan anak- anak tercinta. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah membantu saya untuk merialisasikan impian kedua arwah ibu bapa, Mohd Royali bin Mohd Ali dan Khamisah binti Abd Hamid, untuk melihat saya berjaya sehingga ke tahap ini..

Kepada semua saudara-saudara saya yang berketurunan Orang Asli, kita ada peluang untuk berjaya.. Ambil peluang tersebut.. Usah rasa malu dengan keturunan kita, kita adalah sama kerana kita semua manusia.. Sekiranya orang lain boleh berjaya, mengapa tidak kita! Ayuh bangkit.. Timbalah ilmu seringgi mana yang anda boleh capai.. rebutlah dan gunakan peluang yang diberikan kepada kita. Janganlah kita menjadi orang yang rugi kerana dengan ilmu dan amalan yang jujur dan ikhlas, insyaallah, akan membantu kita mencapai kejayaan demi kejayaan..

Sekian
Dr Md Sabtuah Mohd Royali
Masyarakat Orang Asli, (Suku Jakun), Parit Sulong, Batu Pahat, Johor

Kemaskini Terakhir : 19 / 10 / 2023 11:20 AM