Kisah Luar Biasa Tok Batin Ulu Gerik Hadiahkan Motosikal Untuk Tebus Kesilapan Anak Buah

KISAH LUAR BIASA TOK BATIN ULU GERIK HADIAHKAN MOTOSIKAL UNTUK TEBUS KESILAPAN ANAK BUAH

Bili Bin Jali (baju merah) bukan seorang ‘superhero’ filem, tetapi tindakan Tok Batin dari Kampung Orang Asli Ulu Gerik ini menjadikan beliau seorang ‘hero’ dalam menjadi contoh tauladan sebagai seorang pemimpin masyarakat.

Semuanya bermula apabila anak buah dari kampungnya mencuri sebuah motosikal Honda C70 milik seorang penduduk di Kampung Kerunai, Gerik awal bulan lalu.

Bagi menebus kesilapan anak buahnya, Tok Batin Bili telah membeli sebuah motosikal Honda EX5 terpakai berharga RM3,800 dan menyerahkannya kepada mangsa.

Dalam posting Facebook oleh pemilik akaun Tok Janggut Puthih, Tok Batin Bili bagi pihak Kampung Orang Asli Ulu Gerik, turut memohon maaf kepada semua warga Gerik di atas kesilapan pertama anak buahnya untuk membersihkan nama masyarakat kampungnya.

Syabas Tok Batin Bili!

Sumber : Perak Ajerr

Kemaskini Terakhir : 26 / 12 / 2019 01:55 PM