Satu lagi ikhtiar untuk kita bantu tingkatkan kualiti kehidupan masyarakat Orang Asli.
Jakoa dan Risda berkolaborasi bangunkan tanah seluas lebih 200 hektar dengan tanaman getah.
Selepas dimajukan, tanah ini dikembalikan semula kepada Jakoa untuk diusahakan oleh kira-kira 120 keluarga Orang Asli di RPS Dala, Gerik.
Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan, malah membantu sebilangan keluarga Orang Asli keluar dari belenggu kemiskinan.