KPLB melalui JAKOA telah bekerjasama dengan JBPM untuk menghantar 334 bakul makanan berupa bekalan makanan asas ke POS Gob dan POS Simpor

GUA MUSANG, 27 Disember – Koordinasi di antara Kementerian dan agensi amat penting dalam menyampaikan bantuan kepada masyarakat yang terjejas dek banjir.
 
KPLB melalui JAKOA telah bekerjasama dengan JBPM untuk menghantar 334 bakul makanan berupa bekalan makanan asas ke POS Gob dan POS Simpor yang bakal memanfaatkan 334 keluarga.
 
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Haji Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri 1 KPLB serta YB Ab. Aziz Yusoff, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri. Turut hadir menyampaikan sumbangan YBrs Puan Hajah Sapiah Binti Dato Mohd Nor, Ketua Pengarah JAKOA dan YBrs Dr Shahrir bin Mohammad Zakey, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan.
 
Penduduk terputus hubungan kerana jambatan yang merupakan jalan masuk utama runtuh dan dihanyutkan air Sg Perias, POS Tohoi.
 
Kementerian akan meneruskan kerjasama baik bersama agensi-agensi kerajaan dalam memastikan pembinaan jambatan baharu dapat dilakukan sesegera mungkin bagi memudahkan urusan masyarakat di kawasan terjejas.
 
Walau banjir sudah surut, masyarakat setempat disarankan agar sentiasa menjaga diri dan keluarga.
 
Bagi penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan sungai dinasihatkan untuk segera berpindah ke tempat yang lebih selamat sekiranya berlaku hujan lebat dan paras air naik.
 
Editor : Ahmad Shazni
Kemaskini Terakhir : 13 / 05 / 2022 09:18 AM