KPM Komited Laksana Inisiatif Transformasi Pendidikan Orang Asli

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) komited melaksanakan inisiatif transformasi pendidikan Orang Asli dan pribumi menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi memastikan mereka mendapat pendidikan yang berkualiti serta relevan dengan keperluan semasa.
 
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon, kerajaan mewujudkan kemudahan asrama di sekolah-sekolah yang mempunyai enrolmen 100 peratus murid Orang Asli, program khas murid Orang Asli serta program transformasi pendidikan Orang Asli bagi meningkatkan kadar kehadiran dan program intervensi murid Orang Asli dan pribumi.
 
“KPM juga mengambil pendekatan melalui pelbagai sesi libat urus dengan kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), ibu bapa, ketua komuniti , pertubuhan bukan kerajaan termasuk NCER,” katanya.
 
Sumber: Edisi 9
 
KPM komited laksana inisiatif transformasi
Kemaskini Terakhir : 23 / 02 / 2022 11:55 AM