Kunjungan Hormat Ke Atas MB Perak

IPOH, 22 Mac – Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad di pejabat beliau semalam.
 
Di dalam pertemuan yang berlangsung selama 45 minit itu, isu-isu berkenaan kebajikan dan pembangunan infrastruktur serta sosioekonomi masyarakat Orang Asli di Perak telah disampaikan kepada YAB Menteri Besar.
 
Semoga jalinan kerjasama di antara kerajaan negeri dan pihak jabatan akan bertambah erat demi kesejahteraan masyarakat Orang Asli di Perak secara khususnya dan Keluarga Malaysia secara amnya.
 
Turut hadir di dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah JAKOA Perak, Tuan Harulnizam bin Abd Rahman.
 
Kemaskini Terakhir : 23 / 04 / 2022 12:00 AM