Kunjungan Hormat Ketua Pengarah JAKOA Ke Pejabat Menteri Besar Pahang

KUANTAN, 3 Disember 2021 – Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah Binti Dato’ Mohd Nor telah melakukan satu kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar Pahang, Y.A.B. Dato’ Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail dan telah disambut oleh Dato’ Muhammad Olian Bin Abdullah, Ketua Unit Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.
 
Di dalam pertemuan ini, pelbagai agenda telah dibincangkan bagi meningkatkan taraf hidup Orang Asli terutamanya dari segi sosial, ekonomi, pendidikan dan infrastruktur.
 
Turut hadir sama di dalam kunjungan ini adalah Encik Johari Bin Alwi, Pengarah JAKOA Negeri Pahang.
 
Seterusnya, Ketua Pengarah telah mempengerusikan mesyuarat bersama JAKOA Negeri Pahang bagi membincangkan gerak kerja perjalanan organisasi JAKOA Negeri Pahang bagi tahun 2022.
 
Kemaskini Terakhir : 3 / 01 / 2022 12:17 AM