Kunjungan Hormat Oleh Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor telah menerima satu kunjungan hormat daripada Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam (BPKA), Dr Nik Jasmin binti Nik Mahir, di pejabat beliau pagi tadi.
 
Sebagai makluman, BPKA adalah bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk memantau serta menyelia penyampaian perkhidmatan kesihatan masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia dengan kerjasama dari pihak JAKOA.
 
Turut serta di dalam kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Pengarah Cawangan Dasar dan Perkhidmatan Kesihatan Awam, Dr. Abdul Hamid bin Jaafar; Ketua Sektor Program Khas (OA) Cawangan Dasar dan Perkhidmatan Kesihatan Awam, Dr. Norhasliza binti Abu Bakar serta pegawai-pegawai perubatan dari Cawangan Dasar dan Perkhidmatan Kesihatan Awam.
 
Foto: Ahmad Shazni
Artikel: Hadi Fazli
Kemaskini Terakhir : 29 / 12 / 2021 12:00 AM