Kunjungan hormat Pengarah Kanan MRL, Ir. Ts. Ahmad Sayufei

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor telah menerima satu kunjungan hormat daripada Pengarah Kanan Bahagian Perhubungan Teknikal Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Ir. Ts. Ahmad Sayufei bin Zainuddin pagi tadi.
 
Kunjungan wakil MRL tersebut adalah untuk menyampaikan maklumat terkini berkenaan jajaran projek ECRL yang melibatkan kawasan berkepentingan Orang Asli.
Kemaskini Terakhir : 21 / 09 / 2021 10:22 AM