Kunjungan hormat YB Khairy Jamaluddin ke Hospital Orang Asli, Gombak

Pada 4 Mac 2022 (Jumaat), Hospital Orang Asli, Gombak telah menerima kunjungan hormat oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 
 
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh Datuk Dr. Chong Chee Kheong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, Dato’ Indera Dr. Sha’ari bin Ngadiman, Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Dr Nik Jasmin bin Nik Mahir, Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam (BPKA), KKM bersama wakil dari KKM dan Pengurusan Tertinggi JKNS.
 
Semasa kunjungan ini, YB Khairy Jamaluddin telah dimaklumkan mengenai perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada komuniti Orang Asli Semenanjung Malaysia melalui pembentangan oleh Sektor Program Khas, Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM. 
 
Selain itu, video pengenalan Hospital Orang Asli, Gombak juga telah ditayangkan untuk makluman beliau dan rombongan. 
 
YB Khairy Jamaluddin turut merasmikan “Gallery Walk” Hospital Orang Asli, Gombak serta menyampaikan Sijil Pelantikan Sukarelawan KOSPEN Orang Asli dan Sijil Duta Kenali Ubat Orang Asli.
 
Dikesempatan itu juga, YB Khairy Jamaluddin turut berbesar hati menyantuni para penerima dos penggalak dan penerima PICK Kids Orang Asli.
 
Hospital Orang Asli, Gombak ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan hormat YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia.
Kemaskini Terakhir : 5 / 04 / 2022 12:00 AM