KURSUS ASAS TANAMAN CILI DAN PEMPEROSESAN BAJA & RACUN ORGANIK DI BUKIT GEMURUH, BERA PAHANG.
27 November 2020(Jumaat)- Satu Program Kursus Asas Pertanian telah dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Bera (JAKOA). Dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Bera telah menyediakan tenaga pakar bagi menyumbangkan kemahiran, idea dan tenaga bagi merealisasikan objektif kursus tersebut.
Antara tujuan utama kursus ini diadakan adalah bagi membolehkan sektor pertanian menjadi sektor yang mempunyai masa depan yang cerah sebagai pilihan yang berdaya maju, khususnya untuk pertanian mikro Masyarakat Orang Asli dengan menjadikan pendapatan baharu yang lebih lumayan.
JAKOA PAHANG
KE ARAH JABATAN BERINTEGRITI DAN BERINOVASI.