Kursus Kepimpinan MyDesa JPPKOA Selangor & Wilayah Persekutuan

BANGI, 26 Mac – Seramai 40 orang peserta telah hadir ke Kursus Kepimpinan MyDesa JPPKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan yang diadakan di Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bangi.
 
Program tersebut menyasarkan untuk meningkatkan kepimpinan ahli JPKKOA supaya lebih berinformasi, berpengetahuan luas, berkemahiran dan berintegriti tinggi.
 
Program tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor selaku Ketua Pengarah JAKOA.
 
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pengarah Bahagian PMK, Tuan Azlan bin Mohamad, Pengarah JAKOA Selangor, Tuan Mohamad Anis b. Othman serta Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat INFRA, Encik Muhamad Amin bin Wahab.
 
Kemaskini Terakhir : 26 / 04 / 2022 12:00 AM