Kursus Pemantapan Tadbir Urus Koperasi Orang Asli Negeri Perak di Purnama Beach Resort

03 November 2020 (Selasa), Purnama Beach Resort – Pada kursus koperasi ini para peserta telah diberikan tunjuk ajar bagaimana untuk menyediakan buku tunai dengan betul dan juga telah diberi latihan dalam kumpulan berkaitan cara-cara merekod transaksi dalam buku tunai.
 
Selain itu, dalam kursus ini para peserta turut memberi cadangan agar koperasi-koperasi Orang Asli negeri Perak dapat digabungkan dalam konsortium bagi memudahkan Pentadbiran dan Pengurusan serta perancangan program atau projek berskala besar akan datang.
 
Kursus ini telah dijayakan oleh pihak JAKOA Negeri Perak dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak.
Kemaskini Terakhir : 4 / 12 / 2020 12:00 AM