Kursus Pemantapan Tugas Pekerja Awam Kebajikan dan Kesihatan (PAKP) JAKOA Negeri Kelantan dan Terengganu yang berlangsung pada 28 – 31 Mac 2021

31 Mac 2021- Kursus Pemantapan Tugas Pekerja Awam Kebajikan dan Kesihatan (PAKP) JAKOA Negeri Kelantan dan Terengganu yang berlangsung pada 28 – 31 Mac 2021.
 
Seramai 24 Orang PAKP yang dilantik diberi pendedahan kepada petugas-petugas PAKP yang juga dikenali sebagai (PORTER) dalam memberi pengetahuan dalam bidang keselamatan dan kesihatan.
 
Tanggunjawab sebagai PAKP berperanan membantu JAKOA dalam aspek penyampaian laporan berkaitan kebajikan Masyarakat Orang Asli terutama melibatkan kes-kes kecemasan yang memerlukan khidmat Medivec .
 
Perasmian penutup dirasmikan oleh Tn. Haji Zamri bin Mustajab Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAKOA Malaysia. Turut hadir En Shafie bin Abas, Pengarah JAKOA Negeri Kelantan dan Terengganu, En Mohd Ridzuan bin Che Ali, Bahagian Pembangunan Modal Insan & Kebajikan(PMK) JAKOA HQ, Pn. Roslina binti Bun,Timbalan JAKOA Negeri, Pn Nazarinah binti Awang, Ketua Seksyen Pembangunan Sosial Ekonomi (PSE) JAKOA Negeri, En Azman bin Ngadiron, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Gua Musang.
 
Kemaskini Terakhir : 8 / 05 / 2021 09:47 PM