Kursus Pengurusan Getah Matang dan Hands On Penorehan Getah di Puteri Bayu Beach Resort

18-20 Oktober 2020, Pulau Pangkor – Kursus Pengurusan Getah Matang dan Hands On Penorehan Getah telah dijalankan bertempat di Puteri Bayu Beach Resort.
Seramai 36 orang peserta telah mengikuti kursus ini, mereka terdiri dari peserta ladang masyarakat di Kg Chat Pos Poi, Kg Teras dan Kg gentes pos Piah.
Majlis perasmian kursus tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Harulnizam bin Abd Rahman, Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah. Turut hadir ketua Unit Ekonomi Sosial, PKOAD Kuala Kangsar dan PKOAD Btg Padang serta pegawai Pertanian Negeri dan Daerah.
Kursus ini bertujuan diadakan untuk memberi dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat Orang Asli terutama peserta ladang tentang pentingnya teknik penorehan sempurna. Dengan adanya kursus asas torehan ini, pokok getah tidak rosak dan jangka hayat pokok masih ekonomik sehingga 25 tahun.
Pihak JAKOA Negeri Perak juga membawa seorang mentor dari kalangan Orang Asli iaitu batin Ariff beliau adalah penjual getah secara latex dimana beliau menunjukkan teknik dan cara menjual latex kepada peserta dan mencadangkan peserta supaya menjual latex untuk untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi berbanding jualan secara scrap.
 
 
Kemaskini Terakhir : 13 / 05 / 2022 10:40 AM