Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Operasi Homestay

BANGI, 23 Mei – JAKOA dengan kerjasama Institut Kemajuan Desa (INFRA) telah mengadakan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Operasi Homestay bermula dari 19 Mei yang lalu.
 
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pengusaha homestay untuk menguruskan homestay dengan lebih efisien dan sistematik.
 
Pengusaha juga akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia sebagai pengiktirafan tamat kursus.
 
Semoga kursus yang diadakan memberi manfaat kepada pengusaha untuk mempraktikkan urustadbir homestay yang betul dan sekaligus membantu meningkatkan peluang pekerjaan serta menambah pendapatan masyarakat setempat.
 
Last Updated : 24 / 07 / 2022 11:42 PM