Lapan Pelajar OA Lapor Diri Untuk Latihan Industri

IPOH, 20 Sept – Seramai 8 orang pelajar Orang Asli Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh dari kursus Sijil Teknologi Elektrik telah melaporkan diri di Syarikat Arus Legasi Enterprise, Taman Meru Perdana 2, Chemor, Perak untuk menjalani sesi latihan industri selama 6 bulan.
 
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Cameron Highlands telah bekerjasama dengan pihak syarikat dalam proses pengambilan dan penghantaran 8 pelajar ini dari perkampungan Orang Asli Cameron Highlands, Pahang pada 17 September 2021 ke rumah sewa dan tempat penginapan yang disediakan oleh syarikat.
 
Pegawai JAKOA Daerah Cameron Highlands iaitu Encik Amirul Azwan Bin Zakaria juga telah memberikan sedikit taklimat ringkas dan kata-kata semangat kepada pelajar sebelum mereka melaporkan diri.
 
Kemaskini Terakhir : 20 / 09 / 2021 10:14 AM