Laporan Awal Operasi Pasukan Bantuan Banjir Hospital Orang Asli Gombak (HOAG)

Tarikh: 22 Disember 2021
Masa: 8.30 pg – 7.00 ptg
Kampung Yang Dilawati: KOA Genting Peras, KOA Paya Lebar, KOA Donglai Baru
Kekuatan Anggota: 21 orang
Kenderaan: 5 buah kenderaan pacuan 4 roda
 
Pasukan Bantuan Banjir HOAG telah membuka “mobile clinic” di tiga (3) buah kampung Orang Asli (KOA) dengan anggaran 150 orang penduduk kampung yang terlibat.
 
Selain itu, pasukan HOAG juga membawa barangan keperluan asas seperti beras, susu, minyak masak, pakaian, pampers, bantal, selimut, selipar, air mineral tuala wanita, hygiene kit dan sebagainya.
 
Kerjasama yang baik dapat dilihat bukan sahaja dalam kalangan peserta misi sendiri, malah di antara penduduk kampung yang sangat mengalu-alukan kedatangan kami.
 
Terima kasih kepada semua ahli warga HOAG yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam misi ini dan juga kepada Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Hulu Langat.
Kemaskini Terakhir : 23 / 12 / 2021 08:10 PM