Larian Hari Keputeraan DYMM Sultan Nazrin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan

Dataran Pavilion, Kuala Kangsar, 17 November 2019 – Jakoa Negeri Perak Dan Kedah menjunjung kasih atas keberangkatan DYMM Sultan Nazrin Shah Muizzuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim ke booth pameran Jakoa Perak sempena Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah di sini pada hari ini. Turut bersama pasangan diraja ke booth pameran ialah kedua-dua anakanda baginda, YTM Raja Kecil Besar, Raja Datuk Seri Azlan Muzzaffar Shah dan YTM Puteri Sultan Perak, Raja Nazira Safya.
Hadir sama mengiringi baginda ialah YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Besar Perak serta isteri Datin Seri Dr. Nomee Ashikin, barisan Exco Negeri serta ketua-ketua Jabatan.

Kredit Foto: Khaizatul Akhmar Omar

#DaulatTuanku
#jabatanperdanamenteri
#jakoamalaysia
#jakoaperakkedah
#tugasmulia

Kemaskini Terakhir : 20 / 01 / 2021 09:18 AM