Lawatan dan perjumpaan Sultan Selangor dan Permaisuri Selangor ke Pulau Carey, Selangor

3.11.2019 – DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj (Sultan Selangor) bersama DYMM Tengku Permaisuri Norashikin (Permaisuri Selangor) diiringi DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (Raja Muda Selangor) telah mencemar duli untuk mengadakan lawatan dan perjumpaan bersama masyarakat Orang Asli di KOA Sg. Bumbun, Pulau Carey, Selangor.

DYMM Sultan Selangor dan DYMM Permaisuri telah meluangkan masa hampir 3 jam untuk beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli di Pulau Carey serta melihat keunikan kesenian dan persembahan kebudayaan yang disediakan oleh masyarakat Orang Asli di sana untuk menyambut ketibaan DYMM Baginda Sultan Selangor dan Permaisuri.

DYMM Sultan Selangor dan DYMM Permaisuri juga turut meluangkan masa bersama 50 orang Tok Batin masyarakat Orang Asli di Negeri Selangor untuk bertanya khabar dan mendengar permasalahan masyarakat Orang Asli di Selangor.

#jakoamalaysia
#tugasmulia

Kemaskini Terakhir : 23 / 02 / 2021 05:13 PM