Lawatan dari pihak JAKOA Negeri Perak ke SMK Sri Tapah

29 September 2020, SMK Sri Tapah – Lawatan ke SMK Sri Tapah.
(Mendengar Isu Dan Permasalahan Murid)
Satu siri lawatan dari pihak JAKOA Negeri Perak ke SMK Sri Tapah dimana telah dibentangkan oleh pihak sekolah kepada Tuan Pengarah Jakoa Negeri Perak & Kedah, Encik Harulnizam bin Abdul Rahman isu – isu dan permasalahan yang dialami terutamanya dalam aspek kehadiran murid ke sekolah & juga tahap pendidikan murid Orang Asli khususnya mereka yang bakal menduduki SPM
SMK Sri Tapah juga merupakan sekolah harian yang mempunyai 501 murid Orang Asli iaitu yang teramai dalam negeri Perak bagi sesebuah sekolah harian
Turut hadir sama dalam perjumpaan ini Pengetua SMK Sri Tapah Encik Khusaini, Cik Norlaila binti Johari ( Ketua Unit PMK JAKOA Perak & Kedah ), Encik Muhammad Subhi bin Pahrul Razi ( JAKOA Batang Padang & Muallim ) serta barisan – barisan guru SMK Sri Tapah.
Kemaskini Terakhir : 29 / 10 / 2020 12:00 AM