Lawatan Ke Lokasi Cadangan Pusat Pendidikan Komuniti (PPK) KPM

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ π‹πŽπŠπ€π’πˆ 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ (𝐏𝐏𝐊) πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (𝐊𝐏𝐌) ππ„π‘π’π€πŒπ€ π‰π€πŠπŽπ€ πŠπ„ πŠπ€πŒππ”ππ† πŽπ‘π€ππ† π€π’π‹πˆ π’π”ππ†π€πˆ 𝐃𝐔𝐀, πŠπ‹π€ππ†, π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘
Β 
Pulau Ketam, 20 Oktober 2021 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPG TAA) dan Yayasan Mykasih (MKF) telah membuat lawatan kerja ke lokasi cadangan Pusat Pendidikan Komuniti (PPK) di Kampung Orang Asli Sungai Dua, Klang, Selangor hari ini.
Β 
Dalam lawatan ini dihadiri oleh En. Azlan bin Mohamed, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan & Kebajikan JAKOA bersama-sama En. Mohamad Anis Bin Othman, Pengarah JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, Hjh Marpuato binti Sastero, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor KPM serta En Zulkifli bin Nordin, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Sektor Perancangan Dan Pengurusan Sekolah 2 KPM.
Β 
Lawatan ini bertujuan bagi mengenalpasti kesesuaian perlaksanaan Pusat Pembelajaran Komuniti (PPK) di lokasi berkenaan dan keperluan pendidikan lain yang bersesuaian bagi mengelakan keciciran murid di kampung berkenaan.
Β 
Kemaskini Terakhir : 20 / 11 / 2021 12:18 AM