Lawatan Kebajikan Ke KOA Pengkalan Tereh

KLUANG, 28 Februari – Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAKOA, Tuan Haji Mohd Zamri bin Mustajap telah melakukan satu lawatan kebajikan ke Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh, Kluang.
 
Dalam usaha jabatan meringankan beban pesakit Covid-19 yang terpaksa kuarantin di rumah, beliau telah menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 17 keluarga yang terkesan.
 
Selain itu, terdapat juga dua penerima bantuan susu formula, masing-masing penghidap strok dan kanser lidah yang disampaikan secara berkala sejak tahun 2018.
 
Turut hadir di dalam lawatan tersebut ialah Pengarah JAKOA Johor, Tuan Faisal bin Long dan juga PKOAD Kluang, Encik Mohd Yazid bin Beram.
 
Sebagai makluman, kampung ini merupakan pemenang Anugerah Desa Perdana 2017 bagi kategori Kampung Orang Asli.
 
Kemaskini Terakhir : 28 / 03 / 2022 12:00 AM