Lawatan Kerja dan Pemantauan Ketua Pengarah JAKOA ke Projek Tanam Semula Ladang Orang Asli Sungai Pergam dan Sungai Putih, Kemaman Terengganu

KEMAMAN, 23 JULAI – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Datuk Hjh Sapiah binti Dato’ Mohd Nor mengadakan lawatan kerja ROA Sungai Pergam dan Sungai Putih ke bagi memantau gerak kerja dan kemajuan kerja yang sedang dilaksanakan oleh FELCRA Berhad sebagai agensi mengurus yang telah dilantik oleh pihak JAKOA bagi projek tanam semula di ROA Sungai Pergam dan Sungai Putih.
 
Projek ini telah dilaksanakan bermula tahun 2022 dan dijangka selesai pada tahun 2027 bagi pelaksanaan projek tanam semula sawit di dua (2) buah ladang iaitu ROA Sungai Putih dan Sungai Pergam.
 
Lawatan Kerja ini turut dihadiri En. Muhamad bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Sosioekonomi, En. Wan Zahari bin Sulong Timbalan Pengarah Ekonomi, Bahagian Sosioekonomi dan wakil dari FELCRA Bhd.
 
Kemaskini Terakhir : 15 / 08 / 2024 04:49 PM