Lawatan Kerja Institut  Biodiversiti Tropika Dan Pembangunan Lestari (IBTPL), Universiti Malaysia Terengganu Dan Muzium Orang Asli Gombak Ke Perkampungan Orang Asli Pulau Carey, Kuala Langat, Selangor

KUALA LANGAT, 30 Mac 2022 – Satu lawatan kerja daripada Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dipengerusikan oleh Pengarah, Prof. Dr. Marzuki bin Ismail ke Pusat Kraftangan Sungai Bumbun, Pulau Carey, Kuala Langat, Selangor.
 
Program yang bermula pada jam 9 pagi telah disertai oleh pihak IBTPL, UMT diiringi oleh pegawai Muzium Orang Asli Gombak dan JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah kesinambungan daripada lawatan sehari sebelum program ini ke Muzium Orang Asli Gombak.
 
Objektif lawatan pihak IBTPL, UMT ini bertujuan untuk mendapatkan input maklumat daripada pihak JAKOA untuk dijadikan panduan, rujukan dan mendapatkan gambaran tentang pengumpulan bahan-bahan pameran dan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak Muzium Orang Asli Gombak. 
 
Sebagai penandaarasan kepada komuniti Orang Asli, lawatan ke perkampungan Orang Asli Pulau Carey adalah untuk melihat sendiri rutin harian dan cara hidup komuniti Orang Asli di Pulau Carey untuk dijadikan role model kepada komuniti Orang Asli di Terengganu.
 
Antara aktiviti yang berlangsung semasa sesi lawatan ke perkampungan Orang Asli Pulau Carey adalah lawatan ke Pusat Kraftangan Orang Asli Sungai Bumbun, ukiran patung, dan perbincangan bersama wakil komuniti Orang Asli dan pihak JAKOA. 
 
Program berakhir pada jam 12.30 tengah hari.
 
Kemaskini Terakhir : 3 / 05 / 2022 12:00 AM