Lawatan Kerja Ketua Pengarah JAKOA Ke JAKOA Johor

16 November 2021, Johor Bharu – Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah Binti Dato’ Mohd Nor telah melaksanakan lawatan kerja ke Jakoa Negeri Johor.
 
Kunjungan Lawatan Kerja KP telah disambut mesra oleh Encik Faisal Bin Long, Pengarah Jakoa Negeri Johor bersama seluruh warga kerja Jakoa Johor. Ketua Pengarah juga sempat untuk melihat persekitaran pejabat sebelum diteruskan dengan taklimat organisasi.
 
Taklimat telah disampaikan oleh Yang Berusaha Pengarah Johor dengan membentangkan perjalanan organisasi, menyentuh isu pentadbiran, pembangunan serta cabaran yang dihadapi oleh warga kerja Jakoa Johor.
 
Didalam lawatan ini juga, Ketua Pengarah telah melawat Perkampungan Orang Asli Asahan, Mering dan melihat kawasan ternakan lebah kelulut yang diusahakan oleh Orang Asli tempatan dan beliau juga turut merasmikan Dewan Orang Ramai, Kampung Orang Asli Sungai Mering, Johor.
 
Turut hadir sama didalam lawatan kerja ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Tuan Haji Zamri Bin Mustajap, Encik Arizal Thani Bin Saadun, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan serta Pkoad dari seluruh daerah Johor.
 
Kemaskini Terakhir : 13 / 05 / 2022 09:55 AM