Lawatan Kerja Ketua Pengarah JAKOA Ke JAKOA Negeri Sembilan & Melaka

15 Disember 2021, Seremban – Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah Binti Dato’ Mohd Nor telah melaksanakan lawatan kerja ke Pejabat JAKOA Negeri Sembilan & Melaka.
 
Kunjungan Lawatan Kerja KP telah disambut mesra oleh Puan Shahrani Binti Idderis, Pengarah JAKOA Negeri Sembilan & Melaka bersama seluruh warga kerja JAKOA Negeri Sembilan & Melaka. Ketua Pengarah juga sempat untuk melihat persekitaran pejabat sebelum diteruskan dengan taklimat organisasi.
 
Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah JAKOA Negeri Sembilan & Melaka dengan membentangkan perjalanan organisasi, menyentuh isu pentadbiran, pembangunan serta cabaran yang dihadapi oleh warga kerja JAKOA Negeri.
 
Didalam lawatan ini juga, Ketua Pengarah telah melawat Temuan Abo Craft di Kampung Orang Asli Ulu Chembong, Rembau, Negeri Sembilan bagi melihat hasil tangan kraftangan yang dibangunkan oleh usahawan Orang Asli tempatan serta melihat kemudahan di kawasan tersebut.
 
Ketua Pengarah juga telah menyampaikan 𝒎𝒐𝒄𝒌 𝒄𝒉𝒆𝒄𝒌 Bantuan Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bernilai RM 10 ribu kepada Encik Helmi bin Naim Ahmad.
 
Turut hadir sama didalam lawatan kerja ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Encik Saiful Zahlan Bin Muhamad Azmi, Pegawai Perhubungan Awam Encik Hadi Fazli Bin Rusli dan Puan Hamizah Binti Baharuddin, Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Pentadbiran serta Pkoad dari seluruh daerah Negeri Sembilan & Melaka.
 
Kemaskini Terakhir : 15 / 12 / 2021 11:28 AM