Lawatan Kerja Ketua Pengarah JAKOA ke Pejabat JAKOA Daerah Kuala Terengganu

Kuala Terengganu – 16 Mac 2022, Ketua Pengarah JAKOA Puan Hajah Sapiah Binti Dato’ Mohd Nor telah mengadakan lawatan Kerja ke Pejabat JAKOA Daerah Kuala Terengganu.
 
Lawatan ini telah dimulakan dengan pembentangan organisasi yang disampaikan oleh Encik Mod Hafizi Bin Ramli, PKOAD Kuala Terengganu. 
 
Dalam taklimat ini juga, Ketua Pengarah telah meneliti beberapa perkara dan bersetuju untuk menaiktaraf aset pejabat serta pengisian jawatan di JAKOA Daerah Kuala Terengganu.
 
Ketua Pengarah meneruskan lawatan kerja ke Pusat Transformasi Modal Insan Orang Asli (PUTRA ASLI) untuk menilai kesesuaian bagi kegunaan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang bakal dimanfaatkan oleh belia Orang Asli secara percuma.
 
Turut hadir serta di dalam lawatan kerja ini adalah Haji Zamri bin Mustajap, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Encik Azlan Bin Muhamad (Pengarah Bahagian PMK) Encik Muhamad Abu Bakar (Pengarah Bahagian PSE) Puan Sharani Binti Idderis (Pengarah JAKOA Negeri Sembilan/Melaka) Encik Shafie (Pengarah JAKOA Kelantan/Terengganu) Puan Tusreha Binti Ani (Ketua Unit, PSE).
Kemaskini Terakhir : 17 / 04 / 2022 12:00 AM