Lawatan Kerja Ketua Pengarah JAKOA Ke Unit Logistik – PUSKOM – Muzium Orang Asli – Perpustakaan – Kuartes JAKOA, Gombak, Selangor

13 Disember 2021, Gombak – Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah Binti Dato’ Mohd Nor telah melaksanakan lawatan kerja ke Unit Logistik, Gombak Selangor.
 
Kunjungan Lawatan Kerja KP telah disambut mesra oleh Puan Intan Murnira Binti Lim, Ketua Unit Logistik bersama seluruh warga kerja Unit Logistik. Ketua Pengarah juga sempat untuk melihat persekitaran pejabat sebelum diteruskan dengan taklimat organisasi.
 
Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit Logistik dengan membentangkan perjalanan organisasi, menyentuh isu pentadbiran, pembangunan serta cabaran yang dihadapi oleh warga kerja Unit Logistik.
 
Didalam lawatan ini juga, Ketua Pengarah telah melawat PUSKOM (Pusat Kawalan Komunikasi), Muzium Orang Asli, Perpustakaan dan Kuarters JAKOA bagi melihat kemudahan serta suasana di kawasan tersebut.
 
Turut hadir sama didalam lawatan kerja ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Encik Saiful Zahlan Bin Muhamad Azmi, Encik Arizal Thani Bin Saadun, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan serta Encik Mohamad Aizat Bin Mad Halid, Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan.
 
Kemaskini Terakhir : 13 / 12 / 2021 08:08 AM