Lawatan Kerja Ketua Pengarah JAKOA Malaysia Ke Program Semarak Muzium @ MSKOA 2022

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Ketua Pengarah JAKOA Malaysia, Puan Hajah Sapiah Binti Dato’ Mohd Nor telah mengadakan lawatan kerja ke Program Semarak Muzium @MSKOA 2022 yang diadakan di Pentas Terbuka Muzium Negara, Kuala Lumpur.
 
Lawatan kerja Ketua Pengarah ke program ini telah diiringi oleh En. Mohd Razaimi Bin Hamat, Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman) Jabatan Muzium Malaysia (JMM). Jalinan kerjasama strategik dua hala di antara JMM dan JAKOA akan memberi manfaat dan kepentingan bersama melibatkan kebudayaan dan warisan Orang Asli.
 
Program yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dengan kerjasama JAKOA ini bertujuan untuk mempromosi dan memperkenalkan warisan, seni dan kebudayaan Orang Asli kepada masyarakat umum dan pengunjung. Penganjuran program karnival ini melibatkan aktiviti kebudayaan, menyumpit, anyaman, ukiran, masakan, herba, permainan tradisional dan jualan kraftangan masyarakat Orang Asli di negara ini. Program ini melibatkan penyertaan dan penglibatan daripada pelbagai suku kaum Orang Asli di negara ini.
 
Kemaskini Terakhir : 26 / 08 / 2022 11:56 PM