Lawatan Kerja KP JAKOA Ke KOA Simpang Arang

JOHOR BAHRU, 23 Mei – Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor telah dilaksanakan di Kampung Orang Asli Simpang Arang, Gelang Patah.
 
Dalam lawatan ini, YBrs. Ketua Pengarah JAKOA bersama Pengarah Bahagian Pembangunan Sosioekonomi, Tuan Muhammad Bin Abu Bakar serta Pegawai Pertanian, Encik Mohd Hidayat Bin Ramlee telah melawat tanaman durian Musang King yang diusahakan oleh Tok Batin Kampung Orang Asli Simpang Arang.
 
Seterusnya YBrs. Ketua Pengarah telah menyampaikan sumbangan bantuan kebajikan kepada Puan Halimah Lim Binti Abdullah yang berupa kerusi roda bagi meringankan beban yang dihadapi.
 
Turut hadir Encik Faisal Bin Long, Pengarah JAKOA Johor dan Puan Suhaila Binti Isenin, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Johor Bahru.
 

Kemaskini Terakhir : 24 / 07 / 2022 11:46 PM