Lawatan Kerja KP JAKOA Ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan

KUALA PILAH, 28 April – Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor telah mengadakan lawatan kerja ke KOA Sg Klebang.
Lawatan separuh hari beliau ke sana adalah untuk menyantuni mangsa ribut tempoh hari di mana bumbung rumah mangsa telah diterbangkan angin lintang. Mangsa, How Lee Chin telah diberi khabar gembira bahawa jabatan telah membuat keputusan untuk membina baru rumahnya setelah kawasan yang lebih selamat dikenalpasti.
 
KP JAKOA turut meninjau Projek Penyelenggaraan Sistem Rawatan Air Pelbagai Sumber yang sering menjadi isu kepada penduduk kampung baru-baru ini. Diharapkan pelantikan kontraktor baharu bermula 1 Mei ini akan memberi 1001 manfaat buat masyarakat Orang Asli di sekitar kawasan tersebut.
 
Kemudian, Puan Hajah Sapiah menyampaikan SST kepada wakil kontraktor yang akan menjalankan Projek Perhubungan Jalan Luar Bandar sepanjang 2.6km menuju ke KOA Sg Klebang. Projek ini bakal menelan belanja sebanyak RM540,770.00.
 
ADUN Jeram Padang, YB Dato’ Manickam Letchuman telah meluangkan masa beliau untuk turut bersama KP JAKOA semasa program lawatan kerja tersebut. Selain itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) serta Pengarah JAKOA Negeri Sembilan Melaka turut serta dalam program ini.
 
Program lawatan kerja KP JAKOA ke daerah Kuala Pilah diakhiri dengan satu program ramah mesra bersama kepimpinan Masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan & Melaka yang telah diadakan di Resort Seri Menanti. Program tersebut turut menyaksikan KP JAKOA menyempurnakan penyerahan watikah pelantikan kepada Batin dan Pengerusi JPKKOA. Untuk makluman, ahli jawatankuasa JPKKOA yang bakal menggalas tanggungjawab tersebut untuk sekurang-kurangnya dua tahun.

Kemaskini Terakhir : 29 / 05 / 2022 12:50 AM