Lawatan Kerja Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Selangor Daerah Gombak Ke Muzium Orang Asli Gombak

GOMBAK, 28 Mac 2022 – Satu lawatan kerja daripada Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak yang dipengerusikan oleh YBhg. Datin Rokiah binti Zainudin, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor ke Muzium Orang Asli Gombak telah diadakan pada hari Isnin, 28 Mac 2022. 
 
Program yang diadakan bermula jam 4.30 petang ini telah disertai lebih kurang 20 orang peserta daripada PERKEP.
 
Program lawatan berpandu ke Muzium Orang Asli Gombak ini dimulakan dengan sambutan kedatangan Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor dipakaikan tempok sambil diiringi paluan gong dan centong. 
 
Program diserikan lagi dengan demonstrasi menyumpit, masakan tradisional, kraftangan dan persembahan kebudayaan oleh Kumpulan Kebudayaan Orang Asli Gombak Bah Bola. 

Program ini berakhir sekitar jam 6.00 petang.
 
Kemaskini Terakhir : 30 / 04 / 2022 12:00 AM