Lawatan kerja Penolong Pengarah JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Pn. Dahlia Permid ke Kampung Orang Asli Hulu Kemensah dan Desa Temuan Bukit Lanjan

5 Mei 2021, Daerah Gombak dan Petaling – Lawatan kerja Penolong Pengarah JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Pn. Dahlia Permid ke Kampung Orang Asli Hulu Kemensah dan Desa Temuan Bukit Lanjan.
 
Lawatan pertama ke Kampung Orang Asli Hulu Kemensah Penolong Pengarah memberi sumbangan bakul makanan serta mendapatkan maklumat berkaitan bantuan dan keperluan keluarga En. Sabri a/l Ahang yang menjaga dua orang anak yang kurang upaya(OKU).
 
Setelah selesai di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah, seterusnya beliau ke Desa Temuan Bukit Lanjan dan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan serta Tabika KEMAS Bukit Lanjan bagi melihat prestasi pelajar-pelajar dan keperluan Masyarakat disitu.
 
Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut Pn. Fauziah binti Omar Ketua Unit PMIK JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
 
Kemaskini Terakhir : 5 / 05 / 2021 07:35 AM