Lawatan kerja rasmi Ketua Setiausaha KPLB ke Ibu Pejabat JAKOA

KUALA LUMPUR, 8 Disember – Ketua Setiausaha KPLB, YBhg. Dato’ Ramlan bin Harun telah membuat lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat JAKOA di sini petang tadi.
 
Beliau telah disambut oleh Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Tuan Haji Mohd Zamri bin Mustajap dan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan), Encik Saiful Zahlan bin Mohd Azmi.
 
Di dalam lawatan YBhg. KSU, beliau telah diberikan taklimat eksekutif berkenaan gerak kerja JAKOA sepanjang 2021 serta hala tuju untuk tahun 2022.
 
Turut hadir di dalam lawatan tersebut ialah pegawai-pegawai kanan KPLB.
 
Kemaskini Terakhir : 8 / 12 / 2021 11:26 AM