Lawatan Kerja Rasmi Menteri Luar New Zealand ke Muzium Seni Kraf Orang Asli Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Menteri Luar New Zealand, Nanaia Cybelle Mahuta telah meluangkan masa untuk mengadakan lawatan kerja rasmi ke Muzium Seni Kraf Orang Asli di Kuala Lumpur.
 
Beliau telah disambut oleh KP JAKOA, Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor serta kakitangan Jabatan Muzium Malaysia.
 
Menurut kenyataan Wisma Putra, ini adalah julung kali tokoh berkenaan datang ke Malaysia sejak dilantik sebagai menteri luar yang pertama dari kalangan wanita negara itu pada 6 November 2020 lalu.
Kemaskini Terakhir : 23 / 10 / 2022 11:43 PM